Meet and Greet with Boey
8 JANUARI 2023; Ahad (Bahagian I)
Sebenarnya post ini boleh sahaja aku sekali kan sebab berkongsi tarikh yang sama. Tapi.., biaqlah. Kegembiraan itu perlu banyak. HAHAHAHA.
Somehow, aku berterima kasih kepada housemate aku, sebab dia yang secara tak langsung ajaq aku untuk "You have to go by yourself." Aku sebenaqnya ignorant sejak aku ditempatkan untuk mencari rezeki di ibu negara Malaysia tercinta. Aku jadi malas nak ambik peduli. Weekends aku akan di'manfaat'kan untuk tidoq. Sumpah, wey! HAHAHAHA. Housemate lama aku, bertenang saja sebab dia memang asal sini dan weekends dia pun macam aku. Tapi dia lebih kepada suka movie marathon masa weekends. Heheh.
Okay, berbalik kepada kegembiraan (bahagian I). Sekiranya hg pembaca When I was a Kid, penulis dia adalah Cheeming Boey. Seingat aku, Boey duduk Amerika. Dia balik Malaysia jugak kadang-kadang. So, aku follow instagram dia. Schedule dia padu untuk meet and greet. Yang aku ralat, masa duduk Kedah, event kat KL ni memang sah-sah la aku takkan hadir. Bila dah dok sini, clash dengan cuti sekolah. Ya, aku perlu pulangggggggggggg. HAHAHA. At the end, give up macam tu ja la.
Setelah aku check, recheck, double check, triple check (lebih dari tu), yes! Tarikh yang sesuai untuk masa aku adalah 8 Januari lepas. Boey ada ja event 7 Januari. Tapi suka hati aku laa nak pilih tarikh mana. Lahhhh, tiber.
Why it has to be 8 January? Birthday aku kottttttt! Entahlah. Aku sentiasa rasa masa birthday aku, aku tak happy. Faktor pertambahan usia kot? So, hari yang sama jugak, too bad housemate aku memang tak boleh accompany aku. Dah la single. Tiber. Wkwkwkwk. So? Apa aku buat. Nak give up jumpa Boey ka acana?
Event hari tu dekat MPH NU Sentral. Nalaaaa aku tak pernah jalan sensorang kat KL. Selalunya aku kecek housemate. So, aku drive, dia guide. Ni semua nak kena wat sendiri, ni aku lemmmmmahhhh. To be short, aku salah masuk bangunan dan gratis sahaja aku bayaq RM5. Abebai! Masa ni dah 2.45 petang. Event M&G habeh 3.30 petang ye! Aku dah cakap kat diri. Give up ka nak proceed? Haihhh.
Then, aku sampai NU Sentral lebih kurang 3.05 petang. Gagau cari MPH bagai, dan yeayyyyyy! Aku nampak Boey! Hensem gilaaaaaaaaaaaaa. Aku beratoq 3.15 petang. Haihhhh.
Aku tak mau cakap apa. Aku terkedu. Rekod dia lukih on the spot pun dak, apa pun dak. Yang aku taw, semua 6 buku dia, dapat sign. HAHA
WIWAK 7
Ini special sebab tanpa segan silu mintak Boey tulih. So, dapat la pakej free Boey wish on the spot. HAHAHA. Malu, tak dapat la gais. Mwahaha
WIWAK 5
WIWAK 4
WIWAK 3
WIWAK 2
WIWAK
Sekiranya hampa tanya mana WIWAK 6? Tak beli ka? Sebenaqnya, lepaih WIWAK 5, memang Boey langkau teruih ke WIWAK 7. Nak tanya jugak. Tapi auto lupa sebab Boey depan mata kan.... Kah! Tungu laa next WIWAK keluaq, aku p jumpa Boey mintak sign dia, aku tanya kenapa tetiba langkau. Okay? Hahahaha.
Satu kali laaa dengan Boey. Wuuuu!
Okay, byeee.
Love,
Mung👻


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

Comments
Post a Comment